Pilihan bahasa

Warna teks  default green blue contrast
A- A A+

Peralatan Web

Unit Kejuruteraan & Pembangunan

DSC_0158.jpg DSC_0160.jpg DSC_0161.jpg

Unit Kejuruteraan & Pembangunan mula ditubuhkan pada tahun 2012, selaras dengan pengambilan Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

MISI

Unit Kejuruteraan & Pembangunan akan memastikan perkhidmatan yang berkualiti dengan:

  • Memantau dan menyelaras perkhidmatan fasiliti hospital, kondisi peralatan perubatan dan bukan perubatan, kebersihan, linen, dan pelupusan sisa klinikal diurus dengan berkesan.
  • Menjalankan pemeriksaan dan audit teknikal bagi semua sisitem fasiliti hospital termasuk kemudahan asas dan awam.
  • Memberikan khidmat nasihat teknikal secara profesional berkaitan dengan perkhidmatan kejuruteraan.

VISI

Mengawal selia perkhidmatan sokongan hospital (PSH), serta memberi perkhidmatan teknikal kejuruteraan secara profesional bagi memastikan kelancaran serta kesempurnaan operasi hospital.

OBJEKTIF

  1. Memantau, mengurus dan memastikan pelaksanaan khidmat sokongan hospital/ kontraktor dilantik yang meliputi lima perkhidmatan iaitu perkhidmatan pembersihan kawasan hospital, perkhidmatan fasiliti kejuruteraan, perkhidmatan kejuruteraan biomedikal, perkhidmatan pendobian dan perkhidmatan pembuangan sisa klinikal adalah berterusan, cekap dan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan. 

  2. Melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna di hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian perkhidmatan dipatuhi  oleh kontraktor.

  3. Menguruskan dan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem pemasangan loji dan peralatan jentera/ mekanikal, elektrik dan biomedikal.

  4. Membantu menguruskan pengeluaran Sijil Perakuan Pelupusan (PEP) bagi harta modal yang berkaitan.

  5. Menguruskan kenderaan jabatan dari segi penyediaan dokumen sebut harga pembelian kenderaan, penyelenggaraaan dan pelupusan kenderaan bagi menjamin kenderaan dalam keadaan baik untuk kegunaan pesakit dan staf.

  6. Menjadi sebuah unit yang cekap dan berkualiti dalam menguruskan segala urusan pembangunan Hospital Orang Asli Gombak.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Menjadi sebuah unit yang cekap dan berkualiti dalam menguruskan segala urusan pembangunan Hospital Orang Asli Gombak.
  • Menjadi sebuah unit yang cekap dan berkualiti dalam menguruskan segala urusan pembangunan Hospital Orang Asli Gombak.
  • Memastikan perlaksanaan PSH yang berkesan oleh kontraktor dilantik, menjalankan pemantauan dan pemeriksaan ke atas perkhidmatan sokongan hospital seperti BEMS (Perkhidmatan Kejuruteraan Biomedical)/ FEMS (Perkhidmatan Fasiliti Kejuruteraan)/ CWMS (Perkhidmatan Pembuangan Sisa Klinikal)/ CLS (Perkhidmatan Pembersihan) dan LLS (Perkhidmatan Pendobian) serta memastikan perkhidmatan tersebut sentiasa berterusan, cekap, berada dalam kondisi yang paling memuaskan dan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan. 
  • Menerima dan menyiasat aduan-aduan berkaitan perkhidmatan sokongan (kontraktor/vendor) di hospital serta berbincang dengan pihak kontraktor bagi memperolehi penyelesaian masalah dalam kadar secepat mungkin.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dan penyediaan laporan teknikal berkaitan perkhidmatan sokongan hospital (PSH) serta memastikan segala permasalahan yang dihadapi user dapat diselesaikan dalam kadar secepat mungkin.
  • Menguruskan dan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pemasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrik dan biomedical mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Membantu menguruskan penyelenggaran kenderaan jabatan mengikut jadual pemantauan yang dirancang bagi setiap kenderaan secara berkala.
  • Menganjur dan menyelaras Mesyuarat Koordinasi di peringkat hospital bersama pihak vendor dan pengurusan hospital berkaitan PSH sekurangnya sekali sebulan.
  • Menyelaras dan menjalankan Mesyuarat VCM untuk penilaian pemotongan ‘fee’ (jika ada) dan mengesahkan pembayaran kepada kontraktor berdasarkan kerja berjadual seperti dalam kontrak dan disahkan pada setiap bulan melalui penghasilan Verification of Work Completed (VWC). 

WAKTU BEROPERASI

Isnin-Jumaat

08.30 pagi – 05.30 petang

Tender & Sebut Harga

TenderB      

Tiada tender & sebutharga aktif buat masa ini.Sila semak semula pada masa hadapan. 
 
offcanvas