Unit Primer - Klinik Bergerak
Unit Kesihatan Primer adalah salah satu unit di bawah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Hospital Orang Asli Gombak. Unit Kesihatan Primer nadi Perkhidmatan Kesihatan Awam di peringkat primer bagi negara ini.
MISI
- Memberikan perkhidmatan kesihatan yang bersifat komprehensif dan berintegrasi.
- Melibatkan masyarakat dalam penjagaan kesihatan
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan kesihatan melalui pendekatan terus ke penempatan masyarakat Orang Asli secara berjadual bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat Orang Asli di sekitar negeri Selangor dan lokaliti pedalaman di luar negeri Selangor.
FUNGSI UTAMA UNIT
Menyediakan perkhidmatan rawatan primer kepada penduduk di kawasan penempatan Orang Asli.
AKTIVITI-AKTIVITI BAGI FUNGSI-FUNGSI UTAMA
- Pegendalian aktiviti klinik bergerak
- Pengendalian kes rujukan ke hospital atau klinik
- Saringan Tuberkolosis semasa klinik bergerak
- Saringan kesihatan mental (DASS SCORE) secara rawak bagi klien klinik bergerak yang berumur 18 tahun ke atas
- Penilaian risiko dan intervensi primer kemudaratan alkohol
- Aktiviti pasukan bergerak Orang Asli ke pedalaman
WAKTU BEROPERASI
Isnin-Khamis
08.00 pagi – 05.00 petang (mengikut jadual lokaliti)
Jumaat
Pengurusan rekod Klinik Bergerak




