Pilihan bahasa

Text color  default green blue contrast
A- A A+

Web Tools

Perutusan Pengarah

 


WhatsApp_Image_2020-05-21_at_4.49.45_PM.jpg

Salam Sejahtera, Ma igah, iIlok Gah, Apak Kabar, Imah Mende Kabar ,Ailue Kabar , Hik Mase Kabar dan Man Di Kabar.

Selamat datang ke Laman Sesawang Hospital Orang Asli, Gombak.

Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat semasa, Hospital Orang Asli, Gombak telah membangunkan satu laman sesawang rasmi bagi tujuan memaparkan profil hospital, maklumat korporat, ringkasan aktiviti utama yang dijalankan oleh setiap seksyen perkhidmatan di hospital dan senarai kemudahan yang terdapat di Hospital Orang Asli, Gombak.

Kami amat mengalu-alukan para pengunjung untuk melayari laman sesawang rasmi Hospital Orang Asli, Gombak. Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menyampaikan maklumat terkini dan berkualiti kepada setiap pengunjung. Laman sesawang rasmi Hospital Orang Asli, Gombak ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan mesra di antara warga kerja Hospital Orang Asli, Gombak dan para pengunjung.

Laman sesawang rasmi Hospital Orang Asli, Gombak akan sentiasa berkembang dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa demi memberikan manfaat kepada semua warga kerja dan para pengunjung. Sekiranya tuan puan mempunyai sebarang komen, cadangan ataupun pertanyaan, silalah berhubung dengan kami melalui emel atau borang elektronik yang disediakan di laman sesawang ini.

Akhir kata, kami merasa bangga untuk berkhidmat kepada tuan puan semua. Kami berharap tuan puan akan mengunjungi kami lagi di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

 

"Komuniti Orang Asli Sihat, Komuniti Orang Asli Sejahtera" 

                                                                                                              

DR IZANDIS BIN MOHD SAYED MPM36384 & NSR132232

Pakar Perubatan Kesihatan Awam & Pengarah Hospital

offcanvas