Pilihan bahasa

Warna teks  default green blue contrast
A- A A+

Peralatan Web

Kemudahan

Kemudahan & Perkhidmatan Pesakit Orang Asli

Hospital Orang Asli Gombak khususya menyediakan perkhidmatan kepada Orang Asli seperti berikut:

Perkhidmatan Pesakit Dalam

  • Memberikan perkhidmatan  pesakit dalam kepada semua pesakit Orang Asli di seluruh Semenanjung Malaysia.
  • Amalan ‘family admission’ di mana pesakit di beri rawatan di wad dan pengiring di sediakan penginapan semantara di pusat transit.
  • Perkhidmatan pesakit dalam di bahagikan kepada wad-wad seperti berikut:
    • Wad Keruing  A1 ( Perubatan Am)
    • Wad Meranti  A2 ( Obstetrik & Ginekologi)
    • Wad Seraya A3 ( Pedriatik )
    • Wad Cendana A4 ( Tibi & Kusta )

Pusat Transit

  • Bertujuan untuk menempatkan pengiring  yang datang bersama-sama pesakit.

Klinik Pergigian

  • Terbahagi kepada dua Unit, iaitu Unit Pergigian Statik dan Unit Pergigian Bergerak. Unit Pergigian Statik beroperasi di klinik Pergigian Hospital Orang Asli Gombak pada setiap hari bekerja dan mengikut waktu pejabat.
  • Unit Pergigian Bergerak  beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan pihak pengurusan Hospital Orang Asli Gombak ke perkampungan Orang Asli Sekitar Selangor Dan Semenanjung.

Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA)

  • Klinik Kesihatan Ibu & Anak ( KKIA ) Hospital Orang Asli menyediakan perkhidmatan khusus untuk Orang Asli dan keluarga mereka , kakitangan Hospital Orang Asli dan pesakit Orang Asli yang telah dimasukkan ke Hospital.

offcanvas