Pilihan bahasa

Warna teks  default green blue contrast
A- A A+

Peralatan Web

Perutusan Pengarah

 

salam pengarah

Salam Sejahtera

Syukur ke hadrat ilahi dengan izin-Nya, laman sesawang Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) ini telah berjaya dibangunkan dengan sempurnanya. Saya mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kepada semua pengujung yang telah melawat ke laman sesawang ini.

Tujuan laman sesawang ini dibangunkan sebagai usaha memperkenalkan hospital ini melalui penyebaran maklumat, informasi dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh HOAG kepada orang ramai kususnya kaum Orang Asli yang tersebar diseluruh Semenanjung Malaysia.

HOAG adalah satu-satunya hospital yang membekalkan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan menyeluruh kepada masyarakat Orang Asli supaya mereka mendapat penjagaan dan rawatan kesihatan yang sama taraf dengan masyarakat majmuk di Malaysia, selaras dengan peranan dan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Akhir kata saya mengucapkan tahniah kepada semua warga kerja yang terlibat dalam usaha pembinaan laman sesawang rasmi HOAG ini. Semoga dengan adanya laman sesawang ini, segala informasi boleh dikongsi bersama dan dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh orang ramai dan khususnya masyarakat Orang Asli.

Sekian, terima kasih.

Dr. Yasin Bin Kamarul Jamal A.M.N, A.M

Pengarah Hospital Orang Asli Gombak

offcanvas