Pilihan bahasa

Text color  default green blue contrast
A- A A+

Web Tools

Perutusan Pengarah

thumbnail 1

Salam Sejahtera, Elok Gah!

Selamat datang ke Laman Sesawang Rasmi Hospital Orang Asli Gombak (HOAG)

Laman sesawang ini menjadi penghubung di antara pelanggan dan HOAG. Ianya merupakan satu usaha murni pengurusan hospital untuk memperkenalkan HOAG kepada orang ramai khususnya kepada masyarakat Orang Asli yang tersebar di seluruh Semanjung Malaysia melalui penyebaran maklumat, informasi dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh HOAG.

HOAG merupakan satu-satunya hospital di Malaysia yang membekalkan perkhidmatan kesihatan secara eksklusif kepada masyarakat Orang Asli. HOAG mengekalkan ciri-ciri tradisi Hospital Masyarakat Orang Asli dari segi nama, eksklusiviti dan amalan family admission. HOAG menjamin kesinambungan perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada masyarakat Orang Asli supaya mereka mendapat penjagaan dan rawatan kesihatan yang sama taraf dengan masyarakat majmuk di Malaysia, selaras dengan peranan dan dasar KKM.

Hospital Orang Asli Gombak(HOAG) mok-lah had nei hospital enn-Malaysia yang na-termok perkhidmatan kesihatan secara ekslusif ma-masyarakat sen-oi beg nom segi kene, eksklusiviti bok amalan moj ma-hospital samak keluarga. HOAG na-jamin kesinambungan perkhidmatan kesihatan yang na-og oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ma-masyarakat sen-oi beg supaya eng-nak eng-kup penjagaan bok perenlai kesihatan yang samak taraf-er dengan masyarakat majmuk enn- Malaysia, selaras dengan peranan bok dasar KKM.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Bahagian Pengurusan HOAG atas usaha membina laman sesawang rasmi HOAG ini. Semoga dengan adanya laman sesawang ini, segala informasi boleh dikongsi bersama dan dimanfaatkan dengan baik oleh orang ramai khususnya masyarakat Orang Asli.

Selamat melayari Laman Sesawang Rasmi Hospital Orang Asli Gombak.

Terima kasih.

 

Saya yang menjalankan amanah,

t.t NNN                                                                                                                 

LT KOL BERSEKUTU (PA) DR N SANNASI 

Pengarah Hospital Orang Asli Gombak.

offcanvas